Wednesday, January 2, 2008

MASJID SULTAN ISMAIL, MUAR, JOHOR DT.

MUAR, JOHOR DT
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 11.29 pg - 11.54 pg.

Ramai orang Muar menamakan masjid ni sebagai
Masjid Sultan Ibrahim 2 sebab segala ciri2 yang terdapat di sini merupakan satu replika kpd Masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI) di seberang sungai, cuma ianya dibina lebih besar, luas, tinggi & agam lagi.
Pandangan dari penjuru belakang/sisi kiri, dari sungai Muar.
Pandangan dari penjuru hadapan/sisi kiri.
Lokasi: Di kawasan perindustrian Muar, Tanjung Agas, iaitu di tebing utara sungai Muar. Dari Tangkak ke bandar Muar ianya berada di sebelah kanan jalan sebelum merentasi jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama). Kedudukannya bertentangan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai.



















Pandangan di sana sini

Siap dibina: Dalam dok kalut nak pi JB, terlupa nak tengok papan perasmian. Bila rujuk kat internet, ada yang kata siap dlm tahun 1999 & ada yang cakap 2002. Deri akan check sendiri nanti.
Kapasiti: Masjid ini katanya dapat memuatkan lebihkurang 5000 jemaah didalam satu masa.


Pandangan dari penjuru hadapan/sisi kanan, dari jalan masuk.
Pandangan dari penjuru hadapan/sisi kiri
Senibina :
**Replika kepada masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI), bercirikan senibina Inggeris.
**Menara azannya lebih besar & setingkat lebih tinggi drpd MJSI.
**Rekabentuk dalamannya juga menerapkan nilai2 senibina dalaman MJSI. Perbezaan hanyalah dari segi bahan binaan, saiz & kehalusan seni pembuatannya.
**Siling di sini adalah siling plaster gypsum yang bercorak sedangkan siling di MJSI masih menggunakan siling fibreboard 4x4 ber`beading' kayu yang dicat.
**Lantai masjid ini disudahi dengan jubin manakala MJSI pula berlantaikan marmar putih bercorak. Ruang solat utama untuk kedua-dua masjid disudahi dengan permaidani.
**Bentuk/corak pintu2 masuk di sekeliling ruang solat utama adalah serupa dengan MJSI.
**Tiang2 Roman yang berjejeran di dalam ruang solat utama juga adalah versi yg sama, cuma di sini ianya berfungsi sebagai struktur penyokong tingkat mezanin & juga bumbung sedangkan di MJSI ianya sebagai penongkah bumbung sahaja.
**Bentuk dan saiz mimbar seakan-akan sama, tetapi tidak seiras. Kedudukan tangganya adalah serupa. Yang ketara berbeza adalah bahan buatannya serta seni ukirannya yang mana di sini ianya diperbuat drpd. kayu berukir halus sedangkan di MJSI ia dibuat dari logam yang diukir juga.
**Dinding belakang mimbar serupa dengan MJSI, cuma berlainan warna catnya.
**Ruang wuduk berbentuk bulat di kedua-dua masjid. Namun di sini ianya berbumbung kubah sedangkan diMJSI ruang wuduknya dibiarkan lopong utk menadah air hujan.
**Kedua-dua masjid dicat dengan warna yang serupa dibahagian luar bangunan, iaitu putih & biru. Di bahagian dalam warna catnya berbeza.
Ruang solat utama
Ruang solat utama & tingkat mezanin


mimbar









Ruang solat
tambahan



















Belakang mimbar
Pandangan dari seberang sungai,
dari Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Tanjung Emas.

2 comments:

Anonymous said...

aruah atuk saya imam ..bapa saya membesar di masjid ini..kalau pokok mangga di sempadan dgn istana ada lagi ianya seumur 80 thaun lebihh

Anonymous said...

Arwah atok saya pun imam masjid jamek muar . Imam Dollah :) hj abdullah bin hj abdul karim .

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez